Chat Yuk!!

Monday, November 24, 2008

Separuh Masa to Separuh Akhir Muzik-Muzik

assalamualaikum...



alhamdulillah... akhirnya lagu Separuh Masa ciptaan Abang Edry Abdul Halim dapat turut sama menyertai Separuh Akhir Muzik-Muzik 2008. TheLimaniacs doakan yang terbaik buat Separuh Masa yah? ouh ya.. nanti di sana mungkin hanya ada Taura dan Arif sahaja yang akan nyanyi kerna Bony belum pulang dari Haji. Tapi belum tentu lagi itu semua masih dalam perbincangan lagi. So.. harap TheLimaniacs dapat datang sokong The Lima atau sesiapa saja yang nyanyi lagu itu di sana nanti ya.. Harapannya agar Separuh Masa bisa terus sampai ke Juara Lagu. Doakan ya TheLimaniacs!!!

~The Lima LoVe TheLimaniacs~

Thursday, October 9, 2008

Jom Balik Kampung!!!!

Assalamualaikum...

Haloooo TheLimaniacs...
Selamat Hari Raya buat semua. Harap-harap kalian masih dalam mood raya lagi sekarang ni. Kalau tidak rugilah kalian. Karna apa??? Karna The Lima akan berkolaborasi dengan Sleeq dalam Rumah Terbuka kami di Singapore untuk tahun ini!! Details nya seperti dibawah....

Tema: Balik kampung

Tarikh : 25th oct 08

Masa : 2pm - 5pm

Tempat : Singapore

*Door Gift dan beberapa Permainan menarik di sediakan buat kalian yang hadir*

Untuk mengesahkan kehadiran kalian sila hubungi kami di thelima.the5@gmail.com

so, apa tunggu lagi?? mari bersama-sama kita memeriahkan Rumah Terbuka ini. Kami pasti kalian bakalan pulang dengan senyuman.hehehe.. Kalian juga bakal dihidangkan dengan pelbagai juadah yang enak-enak antaranya Lemang, Ketupan, Rendang dan macam-macam lagi lah. Pokoknya kalian harus hadir ya!! Pakai pakaian yang cantik-cantik biar yang cowoknya tampak segak dan yang ceweknya tampak anggun gitu..hehehe..

so.. see you guyz there ok!!!

Monday, September 29, 2008

Salam Aidilfitri

assalamualaikum..

halooo semua TheLimaniacs...
The Lima ingin mengucapkan Salam Lebaran Minal Aidil Wal Faizin...
The Lima di sini ingin memohon kemaafan jika selama ini ada terdapat sebarang salah dan silap sepanjang persembahan atau apa-apa sahaja.. ampun dan maaf di pinta..

oh ya... The lima ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan bahwa.. Kami akan mengadakan Rumah Terbuka pada Syawal nanti.. Insyallah ia akan diadakan di Singapore.. untuk TheLimaniacs di singapura jangan lupa ya sertai Rumah Terbuka kami nanti.. segala details tentang Rumah Terbuka tersebut akan diumumkan nanti..
Thanks for everything...

Monday, September 15, 2008

Selamat Ulangtahun Bony

Assalamualaikum...

Hye TheLimaniacs...

Tahu tak??? hari ini ialah hari ulangtahun kelahiran Bony. Jejaka berambut kembang ini dilahirkan pada 15 september 1981. Kini usia Bony Adam telah pun mencapai 27tahun. Selamat menyambut Ulangtahun diudcapkan. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki, agar segala yang dilakukan Bony akan dirahmati ALLAH swt. Amin.....

Sunday, September 7, 2008

The Lima benci gelaran 'OKB'

Oleh Hardi Effendi Yaacob

The Lima

MASIH terbayang aksi tiga anggota kumpulan ini - Bony Adam, Taura Rahady dan Arif Topan Sanjaya - ketika diumumkan menjuarai program pencarian bakat baru popular terbitan TV3, Gangstarz (Musim Pertama) tahun lalu.

Ketiga-tiganya berpelukan sambil menangis, selain melakukan sujud syukur di atas pentas bagi meraikan kemenangan itu, yang turut menyaksikan mereka mengaut pelbagai hadiah mewah termasuk wang tunai AS$100,000 (RM380,000) ketika itu.

Dengan kemenangan besar itu, The Lima kemudian dilabelkan sebagai `Orang Kaya Baru' atau 'OKB', lebih-lebih lagi mereka berasal dari latar belakang keluarga yang sederhana dan belum pernah mengecapi kehidupan mewah seperti itu.

Bagaimanapun, Bony dalam temubual bersama B*Pop baru-baru ini mengakui kurang senang dengan gelaran itu kerana boleh memberi persepsi berbeza di kalangan orang ramai, terutama peminat terhadap diri mereka.

"Ini (wang) kalau ditukarkan ke mata wang rupiah (Indonesia) lumayan juga.

Alhamdulillah, kami bersyukur dengan pencapaian itu namun ia tidak sedikit pun membuatkan kami riak atau bangga diri. Yang pasti, ia tidak sedikit pun mengubah cara hidup kami... The Lima masih seperti dulu.

"Kami tetap manusia biasa yang sentiasa bersyukur dengan setiap pemberian-Nya. Sebab itulah, kami tidak suka digelar sebagai 'OKB'. Kami bisa makan di warung tepi jalan, selain menggunakan pengangkutan awam, terutama LRT di Kuala Lumpur. Ia lebih mudah dan menjimatkan masa," katanya.

Beliau berkata, ada ketikanya terasa lucu apabila peminat yang terkejut melihat mereka menggunakan pengangkutan awam itu untuk membeli-belah atau bersiar-siar di sekitar ibu negara.

"Soal lazim dari peminat - Tidak malu ke guna LRT? Bagi kami, apa yang mahu dimalukan. Tidak semestinya kalau sudah menjadi terkenal tidak boleh menggunakan pengangkutan awam. Lagipun, kami memang teruja sangat dengan LRT sebab di Indonesia tiada kemudahan sebegini," katanya.

Mengenali The Lima yang kini popular dengan lagu hit seperti Buronan Cinta, Separuh Masa dan Kau Ada Dia, mereka bukan sekadar penyanyi berbakat, malah penghibur versatile yang mampu menampilkan persem bahan menghiburkan.

"Itulah keistimewaan The Lima... kami bukan sekadar artis rakaman tetapi kumpulan penghibur. Rasa bangga sangat kalau setiap persembahan yang kami buat dapat menghiburkan khalayak. Ini yang susah... menjadi artis rakaman memang mudah, tetapi bukan semua boleh menjadi penghibur yang baik.

"Justeru, The Lima sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan diri untuk terus kekal diminati bukan hanya pada personaliti kami bertiga, sebaliknya melalui persembahan dibuat. Memang hala tuju kami dalam bidang seni untuk menjadi kumpulan penghibur terbaik," katanya.

Selain Bony, The Lima yang mula mencipta nama selepas menjuarai program realiti popular terbitan TV3, Gangstarz, seterusnya menjadi artis rakaman KRU Studios turut dianggotai oleh Taura Rahady dan Arif Sanjaya Topan yang berasal dari Bandung, Indonesia.

Sempena Ramadan, ketiga-tiga anggota kumpulan ini turut mengambil kesempatan berehat panjang, malah sudah pun berangkat pulang ke kampung halaman masing-masing sejak 31 Ogos lalu dan hanya akan kembali ke ibu negara akhir bulan depan.

Taura berkata, sejak bergelar artis rakaman, jadual harian mereka terlalu padat, dengan setiap hari dipenuhi undangan mengadakan persembahan, selain sesi temu bual dan fotografi bersama media hinggakan tidak punya cukup masa untuk bercuti.

"Sebelum ini, memang kami jarang pulang ke kampung sebab terlalu sibuk.

Kebetulan pula, sepanjang bulan puasa memang aktiviti seni berkurangan. Justeru, kami mengambil kesempatan untuk balik kampung dan menjalani ibadat puasa, seterusnya menyambut lebaran bersama keluarga.

"Bagaimanapun, dalam percutian ini juga, kami tetap berlatih vokal untuk persiapan merakamkan album terbaru tidak lama lagi, selain membantu urusan berkaitan pengedaran album sulung kami untuk pasaran Indonesia," katanya.

Ditanya mengenai persiapan menjelang Syawal, beliau berkata, mereka bertiga mengamalkan konsep perbelanjaan berhemat, dengan membeli apa yang dirasakan perlu, terutama dari segi hiasan rumah dan juadah untuk tetamu yang bertandang ke rumah.

"Tumpuan kami lebih kepada persiapan untuk ibu bapa dan adik beradik. Inilah cara kami untuk berkongsi kejayaan dengan mereka.

Kami turut menganggap inilah cara terbaik untuk menghargai keluarga yang memberikan banyak dorongan sehingga kami mampu sampai ke tahap ini," katanya.

Ditanya mengenai sambutan Aidilfitri di Indonesia, Arif pula menyatakan suasananya tidak banyak berbeza di antara negara kelahiran mereka dan Malaysia.

"Dari segi tradisi memang sama. Selepas solat raya, kami akan menziarahi kubur sebelum berkunjung ke rumah sanak saudara. Malah, di Indonesia juga ada majlis rumah terbuka seperti di Malaysia. Pada dasarnya, suasana sambutan Aidilfitri di kedua-dua negara memang sama," katanya.

Saturday, August 30, 2008

ucapan khas buat TheLimaniacs

assalamualaikum

haloooo TheLimaniacs!!!
The Lima telah pun berangkat pulang ke Indonesia pada petang 29/08/08 jamp 2.30pm. Kali ini hanya Arif dan Bony je yang pulang duluan ke Indonesia kerna ada urusan yang perlu diselesaikan disana, manakalaTaura pula pulangnya 31/08/08. Kerana ada sesuatu yang diluar jangkaan telah terjadi, makanya pernerbangan mereka telah dibatalkan dan dijadualkan semula pada 2.30pm pada hari yang sama. Beberapa hari sebelum berangkat pulang ke Indonesia The Lima sempat menitipkankan pesanan buat TheLimaniacs yang disayangi. Ayuh Nonton yukk!!!



The Lima LoVe TheLimaniacs!!!

Tuesday, August 26, 2008

The Lima @ Final Gangstarz 2008

assalamualaikum...

1st of all tahniah buat One Nation Emcees sebagai juara GangStarz 2008!!!


Pasti semua peminat Gangstarz dan TheLimaniacs sendiri sudah menyaksikan sebuah persembahan pembukaan konsert final Gangstarz dari The Lima. Lagu Buronan Cinta dan Separuh Masa telah menjadi pilihan untuk di persembahkan pada konsert kali ini.

Persembahan begitu bertenaga dan energetik itu berjaya memukau ribuan mata yang menatap tak kira di stadium atau penonton di kaca TV. Ternyata The Lima masih punya aura untuk memukau penonton dan peminat terutamanya TheLimaniacs...

terima kasih buat TheLimaniacs yang sudi menonton persembahan The Lima kali ini..

The Lima LoVe TheLimaniacs!!!!

Friday, August 22, 2008

Show Update!!!

Assalamualaikum...

haloooo TheLimaniacs...

ini adalah update tentang show The Lima yang dah di comfirmkan sepanjang bulan Ogos ..

23/08/08 - Cyberjaya untuk acara SuriaFM, Jam 8.oo Malam
24/08/08 - Final Gangstarz 2008, di Stadium Melawati Shah Alam, jam 9.00 malam..

see you there..
~The Lima LoVe TheLimaniacs~

Tuesday, August 19, 2008

Konsert Amal Gangstarz

Assalamualaikum..

Pada tanggal 17/08/08 yang lepas The Lima telah kembali semula ke pentas GangStarz. The Lima kali ini tampil membuat persembahan untuk mengisi tabung amal tv3 bagi membantu golongan yang kurang berupaya. The Lima menyampaikan sebuah lagu hits dari Album, Lagu Kau Ada Dia. Persembahan The Lima memang tidak mengecewakan peminat yang sanggup datang menghadiri konsert amal tersebut dan terus menderma ke tabung amal TV3.

Terima kasih juga diucapkan buat TheLimaniacs yang sudi menghadirkan diri semata-mata mahu menonton persembahan 'gangstarz come-back' dari The Lima.
The Lima L0vE TheLimaniacs

Saturday, August 16, 2008

The Lima kembali ke Gangstarz

assalamualaikum

halooo TheLimaniacs!!!!
The Lima bakal kembali beraksi di Gangstarz!!! yeayyyy.. untuk membuat persembahan sempena Charity Concert Gangstarz pada 16/08/08 di Auditorium MBSA, Shah Alam.. so.. to all TheLimaniacs yang merindui The Lima... jom ramai2 ke sana!!! jom jom jom... pasti seronok bangettt!!!! yeayyyyy!!!

Esok khabarnya The Lima akan membuat kelainan sedikit.. jika show yang sebelum ini mereka selalu tampil dengan lagu Buronan Cinta dan Separuh Masa.. tapi kali ini berbeda sedikit kerna The Lima akan menyampaikan lagu yang bertajuk Kau Ada Dia yang lebih slow dan feeling gitu.. hehe.. so.. pesan The Lima buat fans yang tengah suka dengan orang yang sudah berpunya.. inilah saatnya mendengarkan lagu Kau Ada Dia ini.. jangan lupa bawa tisu banyak-banyak ya.. kalau nangis boleh kesat air mata guna tisu... hahaha...

so.. see you guyz there okeyh!!!
daaaaaa....

Tuesday, August 5, 2008

The Lima as Group Band???

assalamualaikum..

WoW!!!!
The Lima as Group Band????

Haloo TheLimaniacs...

iya.. benar... The Lima akan tampil sebagai Group Band di Indonesia.. dalam Band ini akan ada bazz, guitar, drum, piano.. Tapi konsep ini khas buat di Indonesia sahaja.. kalau di Malaysia ahlinya tetap bertiga (Bony, Taura dan Arif).. tapi untuk Band ini ahlinya mungkin akan di tambah lagi untuk mengiringi The Lima di Indonesia.. Buat masa kini The Lima masih lagi dalam pencarian ahli baru Band The Lima ini..

Fans The Lima di Indonesia pasti excited banget ya?? pasti semua peminat The Lima tak sabar mahu lihat bagaimana pula The Lima sebagai Band Group kan? kalau ingin tahu.. tunggu ya kehadiran The Lima as Band Group nanti...

Monday, August 4, 2008

Welcome to The Lima World!!

assalamualaikum...

hello buat semua penyokong The Lima..

Hye TheLimaniacs...

Terima Kasih buat kalian kerna terus memberi sokongan buat The Lima.. Dapatkan album pertama The Lima di pasaran sekarang.. segala aktiviti dan perkembangan terbaru The Lima akan di umumkan di blog ini.. anda juga boleh meninggalkan pesanan dan mesej buat The Lima.. insyallah jika The Lima punya waktu, pasti mesej akan dibalas..

kata orang.. tak kenal maka tak cinta kan?? so.. The Lima Mahu mengenalkan diri mereka masing-masing.. jom kita berkenalan dengan mereka... Let's GO!!





Nama: Arif Topan Sanjaya
Birthday : 28 april 1986
Warna Kesukaan : merah, biru










Nama: Taura Rahady
Birthday: 14 march 1984
Warna Kesukaan: biru, hitam, putih











Nama: Bony Adam
Birthday: 15 september 1981
Warna Kesukaan: merah





The Lima L0vE yOu TheLimaniacs!!